Sunday, August 29, 2010

FAKTA

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar
dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

4.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar
besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

5.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah
hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


6. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan

7.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang
wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

8.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua fakta diatas merupakan auta saya semata-mata.hehehhehehehehe

Thursday, August 26, 2010

rasa

rasa suka tidak semestinya ada rasa sayang..
rasa sayang tidak semestinya ada rasa cinta..
rasa cinta tidak semestinya berakhir ke alam perkawinan bukan...

apa yang saya rasa...saya rasa cerah bijik mata..sape suruh minum kopi memalam buta!

Wednesday, August 25, 2010

Aku Mungkin Tua dan Kekampungan ....

Suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL buat kali pertama selepas menang loteri.
Beliau ‘check-in’ disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Nyonya Mei Lee melihat sekeliling.

Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut, " Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung,
tatak tau duduk hotel. Sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??? Manyak kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun???
katil mau titun pun tatak!!! Haiyyaaa, mau tipu olang ka??!! "

Lalu pelayan itu pun menjawab, " Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa.... "