Thursday, September 2, 2010

time is love.

Time Is Love. masa itu cinta. Kalau tak cinta, berilah masa. Lama-kelamaan ia tentu boleh menjadi cinta. Malah ia mungkin dapat menjadi cinta yang lebih mendalam daripada cinta pandang pertama. Masa mampu membenarkan kita mencari cinta dan mendalaminya. Andai dah terbalas cinta, hargailah setiap peluang yang... ada. Kerana seperti masa, cinta juga sentiasa berjalan. Mungkin perlahan-lahan dia akan berjalan jauh dari hati. Mungkin perlahan-lahan ia tidak dapat dikejar lagi,kecewa akhirnya nanti.....

Wednesday, September 1, 2010

Kisah-kisah yang terjadi di bulan Ramadhan:

Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.

Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah):
Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.

Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah):
Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.


Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah):
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.

Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah):
Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.
Persiapan Perang Khandak :
dilakukan dengan Salman Al-Farisi dengan menggali parit(khandak) sekeliling Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad SAW serta sahabat menggali parit di bawah panas terik mentari. hasilnya selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta.


Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol (15 Ramadhan 658 Hijrah) :
Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz (15 Ramadhan 1294 Hijrah) :

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Russia yang berjumlah 740 ribu. Menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Russia.

...ramadhan makin meninggalkan kita bukan...sedih dan hiba juga..masih ada kesempatan kah bertemu ramadhan lagi..

Sunday, August 29, 2010

FAKTA

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling
dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar
dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

3.Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.
Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan
memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

4.Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar
besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

5.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah
hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


6. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,
api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan

7.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang
wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

8.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua fakta diatas merupakan auta saya semata-mata.hehehhehehehehe

Thursday, August 26, 2010

rasa

rasa suka tidak semestinya ada rasa sayang..
rasa sayang tidak semestinya ada rasa cinta..
rasa cinta tidak semestinya berakhir ke alam perkawinan bukan...

apa yang saya rasa...saya rasa cerah bijik mata..sape suruh minum kopi memalam buta!

Wednesday, August 25, 2010

Aku Mungkin Tua dan Kekampungan ....

Suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL buat kali pertama selepas menang loteri.
Beliau ‘check-in’ disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Nyonya Mei Lee melihat sekeliling.

Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut, " Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung,
tatak tau duduk hotel. Sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??? Manyak kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun???
katil mau titun pun tatak!!! Haiyyaaa, mau tipu olang ka??!! "

Lalu pelayan itu pun menjawab, " Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa.... "